Friday, 6 March 2015

Asalamualaikum...... Bismilahirahmanirahim...
Sesuatu ketentuan atau kebetulan. Berrtuah badan kita di lahirkan cukup sifat yang sempurna yang dapat melihat, mendengar, merasa, memberi, menerima, menghidu dsb tetapi tiada manusia yang sempurna dalam segala hal, tetapi setiap manusia di muka bumi ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bila kita baik & jujur ramai orang yang menyukai kita, bukan bermakna mencintai, tetapi menyayangi sebagai Sahabat yang baik, memahami, ambil berat & akan bersama kita walau bagaimana pun keadaan kita samada kita susuah atau senang. Tidak kurang yang membenci dengan ketulusan kita dan cuba untuk memusnahkan kehidupan dengan segala apa cara pun, samada secara kasar atau halus. Bertapa sedih perasaan ini bila kita mengetahui sifat manusia yang iri & dengki  tapi apakan daya, kita hanya manusia biasa yang tidak mampu atau membalas kejahatan beliau bukan kerana kita takut tapi kita tidak mahu menjadi seperti beliau.  Apa yang mampu kita hanya  berikthiar dan bertawakal, sabar & ingat akan Allah yang sentiasa ada dan memberi pertunjuk kepada kita untuk menghidarkan diri kita dari melakukan apa yang meraka lakukan kepada kita. Sikap tabah & penuh keredhoan kita  tahu  untuk mengatasinya walaupun sakit  tetapi kita mendapat hidayah & pertunjuk dan membuat kan kita sentiasa bersyukur & berterima kasih kerana kita tidak seperti mereka yang jahil.

Musuh seorang perempuan itu adalah perempuan, bukan semua tetapi segelintir daripadanya yang berharsat dengki dan tidak mahu melihat hidup kita bahagia. Walau pun beliau tidak mengenali atau bertegur sapa dengan kita tetapi beliau cuba mengenali diri kita melalui sesorang yang rapat dengan kita. Kerana sikap cemburu & dengki kepada kita beliau sanggup melakukan apa segala cara yang boleh memecah belah hubungan kita atau membuat diri kita merana sepanjang hayat, yang  tidak dapat di lihat dengan mata kasar tetapi dapat di rasai dari hati naluri  yang tulus dan petunjuk dari Allah SWT.

Perempuan yang benar-benar mencintai lelaki yang di sayangi dan tidak berpaling tadah kepada lelaki lain walaupun dengan cara apa pun  lelaki lain cuba mengoda, dengan harta kekayaan, pangkat, darjat, atau hubungan batin, jika hatinya suci dia tidak akan terpengaruh dan tetap dengan keimanan & keteguhan diri. walau pun hati di sakiti perempuan masih menerima sehingga  ke tahap yang tidak boleh di kawal ia akan hilang kepercayaan. tetapi ia akan tetap menjaga kesucian diri dengan kesabaran walaupun pahit & getirnya perasaan & kehidupan. Kebahagiannya hanya di berikan untuk orang lain sedangkan dirinya menanggung kesedihan yang tidak ternilai, tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ketabahan hati, keredohan, kesucian diri, berpegangan dengan keimaan, walaupun di sia-siakan. Senyuman adalah sebuah kehidupan di sebalik tabir kesedihan.

Lelaki yang benar-benar mencintai kita degan tulus, ikhlas datang dari hati sanubari beliau yang penuh keimanan yang kukuh, tidak akan menilai sesorang perempuan dari segala segi darjat, keturunan, atau segala segi apa segala pun. Beliau akan tetap menyayangi kita dengan segala cara apa pun dan beliau tidak akan mendengar  atau lebih mempercayai  orang ketiga di mana beliau cuba untuk menhancurkan & cuba memutuskan hubungan kita. Jika beliau lebih mempercayai orang ketiga dari diri kita dan tidak menghiraukan kita bermakna beliau tiada pendirian, mungkir janji dan tidak jujur dengan diri sendiri dan mempunyai sifat keegoan yang tinggi dan mementingkan diri sendiri.

Kasih sayang bukan hanya perkataan yang di ucapkan dengan tutur kata yang palsu, tidak  jujur & ikhlas, tetapi yang datangnya dari keimanan jiwa, berterus terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari orang yang disayang atau di cintai, dan sanggup berkongsi samada baik atau buruk. Walaupun pahit  kejujuran itu tetapi  jika di nyatakan dengan keimanan & keikhlasan ia akan mendatangkan kemanisan. Dalam kehidupan kita hanya memerlukan ketulusan, perkongsian, persefahaman, kasih sayang…. Perbuatan & pertuturan kita adalah satu doa, dan ramai yang tidak mengetahui.  Sebaliknya mereka lebih senang meluahkan kata-kata tanpa berfikir, bila ia berbalik pada diri sendiri barulah ia sedar & kekadang kesedaran itu sudah terlambat yang membuat sesorang menyesal dengan seribu satu persoalan & tidak berguna mungkin akan kehilangan seuatu yang tidak ternilai.

Membuat  kebaikkan tidak semestinya mendapat balasan dengan segera tetapi kita akan menerima bila kita tidak sedar di mana Allah mendatangkan seorang Sahabat yang baik dan  amat menyayangi, mengambil berat & mendorong kita, menguatkan semangat & membuatkan kita merasa senang walaupun dalam keadaan sedih.  Sahabat yang baik tidak semesti sesoarang yang kita kenal lama atau kawan sebangsa, seugama, berkedudukan, di sanjungi atau orang yang rapat dengan kita tetapi seorang Sahabat  terdekat (rapat). Sahabat bukan kawan yang hanya memerlukan kita bila beliau dalam kesusahan dimana ia menjadikan kita sebagai payung atau kain buruk di mana ia akan di gunakan bila ia di perlukan saja  tetapi jika kita tidak di perlukan kita akan di buang  atau di biarkan begitu sahaja. Sifat EGO & pentingkan diri sendiri, akan membuatkan sesoarang itu lupa diri, tetapi kita tetap bersyukur  kerana kita tidak seperti beliau dan buangkan sikap yang begini kerana ia akan merugikan & tidak memberi apa kejayaan dalam hidup kita…….. Biar lah kita berpijak di bumi yang nyata, jangan lupa siapa diri kita, bak kata pepatah orang tua (Mumy saya) biar kita susah tetapi kita tidak menyusahkan orang lain……segala kebaikkan itu datangnya dari Allah SWT dan yang tidak baik itu datangnya dari diri kita sendiri…
   
Belajar memberi kepada yang memerlukan bukan bermakna kita kaya tetapi kita tahu bagaimana keperitan hidup bila kita tidak mempunyai apa-apa. Bersedekah bukan  dengan wang ringgit & harta benda, tetapi dengan ketulusan & keikhlasan di mana kita boleh kongsikan bersama. Sesusah mana pun diri kita kalau kita pernah berbuat baik & bersedekah,  Allah akan membalas kebaikan kita di luar kesedaran & rezeki itu sentiasa ada.  Biarlah orang menghina, mengeji, memulaukan & tidak bertegur sapa dengan penampilan kita di  mata mereka,  kita tetap bersyukur sentiasa, kerana kita tahu siapa diri kita yang hidup di alam yang nyata dan  tidak berselindung  di sebalik bayangan sendiri . (natural way of life.. we’re born naked we’re  not covered)

Bila kita sentiasa baik & membuat kebajikan, kita tidak sedar dengan kebaikan kita ada manusia yang mengambil kesempatan dengan berbuat baik tetapi di sebalikan kebaikkan beliau ada niat yang teramat jahat  di mana kita tidak dapat menilai keburukan beliau kerana kita tidak pernah berbuat jahat seperti beliau. Hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikan & kejahatan manusia…. Biarlah beliau dengan kejahilan & kita hidup seadanya yang mencari rezeki yang halal & di redohi  dan sentiasa bersyukur dengan pemberian dan tidak bersikap seperti beliau. … berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.     

Mugkin kita tidak sedar… ini laa Kebenaran … Manusia lupa diri .. ego.. tamak.. pentingkan diri sendiri…  Apa pun, siapa pun diri kita, ingatlah, kita hanya insan biasa yang hidup di bumi dan tidak kekal untuk selamanya, hancur badan di kandung tanah budi yang baik di kenang jua ….Cintailah diri kita dengan sepenuhnya, (Be yourself no matter what.. is your life! … Be you wanna to be……#fatisahima

1 comment: